• Main
  • News

https://www.facebook.com/1082204384004291/videos/1917027869684513" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

???? JEMPUTAN CERAMAH PERDANA MAAL HIJRAH 1448H
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersempena sambutan Maal Hijrah 1448H, jawatankuasa Masjid As-Sajidin, Simpang Kerayong dengan penuh hormat menjemput seluruh muslimin dan muslimat menghadiri majlis ilmu yang penuh keberkatan.
???? Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
???? Masa: Selepas Solat Maghrib (8.00 malam)
???? Tempat: Masjid As-Sajidin, Simpang Kerayong
???? Penceramah: Pu Lokman Naufal
"Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah hati daripada lalai kepada taat, daripada dosa kepada reda Allah SWT."
Jangan biarkan tahun baharu Hijrah berlalu tanpa mengisi jiwa dengan ilmu dan peringatan. Mungkin inilah majlis yang menjadi titik perubahan dalam kehidupan kita. Hadirlah bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Semoga setiap langkah menuju rumah Allah dicatat sebagai ibadah, setiap saat mendengar nasihat menjadi cahaya, dan setiap doa yang dipanjatkan diangkat oleh Allah SWT.
"Jom kita penuhkan rumah Allah, bukan sekadar memenuhi ruang, tetapi menghidupkan hati dengan iman.".


About Us