• Main
  • News

Alhamdulillah… Persiapan Bubur Asyura Oleh Helwa Masjid As-sajidin

https://www.facebook.com/reel/1755078778817793/" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

Alhamdulillah… persiapan Bubur Asyura oleh Helwa Masjid As-Sajidin Simpang Kerayong sedang giat dilakukan. ????✨
Terima kasih kepada semua muslimat Helwa yang bertungkus-lumus mengacau, menyediakan dan menyumbang tenaga demi menjayakan amalan yang penuh keberkatan ini. Semoga setiap usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal jariah yang diterima Allah SWT.
Insya-Allah, selepas solat Jumaat jangan lupa ambil Bubur Asyura yang telah disediakan di Masjid As-Sajidin Simpang Kerayong. Semoga juadah ini menjadi pengikat ukhuwah, mengeratkan silaturahim dan menambahkan rasa syukur dalam kalangan jemaah.
Ya Allah, berkatilah tangan-tangan yang menyediakan juadah ini, kurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan dan jadikan setiap suapan yang dinikmati sebagai pahala yang berpanjangan buat semua yang terlibat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. ????
#MasjidAsSajidinSimpangKerayong
#BuburAsyura
#HelwaMasjid
#MengeratkanSilaturahim
#AmalJariah
#SemogaDiberkatiAllah.


About Us